Kita belum iktiraf Kabul, tapi jangan sampai tertinggal

1 year ago 168

KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan bahawa Malaysia belum membuat keputusan untuk mengiktiraf Afghanistan yang diterajui oleh Taliban, buat masa ini.

Bagaimanapun Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sebarang keputusan terhadap hubungan dengan negara Asia Selatan itu harus dibuat dengan berhati-hati.

“Walaupun kita belum mengiktiraf Kabul, tetapi kita harus jangan sampai ketinggalan, kita harus ada cautious optimism, jangan terlalu cautious sehingga kita tertinggal dari segi reconstruction.

“Sebab mesejnya bukan pasal kerajaan Kabul, mesej kita adalah rakyat Afghanistan yang perlu dibantu dengan apa cara yang mampu oleh sebuah negara kecil seperti Malaysia,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE

The post Kita belum iktiraf Kabul, tapi jangan sampai tertinggal appeared first on Utusan Digital.

Read Entire Article