Kes ICU Covid-19 turun bawah 600 kes

1 year ago 168

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan sedikit penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 84 kes berbanding kelmarin, 92 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 9 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my.

Jumlah kematian itu menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 28,576 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 20 daripada 84 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,771 kes.

Sebanyak 584 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 305 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,337 orang.

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 5,726 kes berbanding semalam, 4,782 kes sekali gus mengatasi 5,607 kes sembuh.

“Selain itu, Malaysia turut merekodkan pertambahan kluster Covid-19 sebanyak tujuh kluster melibatkan lima tempat kerja manakala komuniti dan pendidikan tinggi, masing-masing satu kluster,” katanya.

The post Kes ICU Covid-19 turun bawah 600 kes appeared first on Utusan Digital.

Read Entire Article