Kerana Takut Miskin

1 year ago 263

Apa sahaja rezeki yang diberikan kepada kita, itu adalah ketetapan dari Allah.

Kita yakin ini adalah yang terbaik dari Allah kepada diri kita.

Kita sudah berusaha, bermacam-macam usaha yang dilakukan, bermacam-macam asbab yang dilakukan untuk memperolehi rezeki tetapi masih berada di takuk yang lama.

Maka kita yakin ini adalah natijah yang Allah berikan

Kita yakin ini adalah ‘khair’ yang terbaik untuk kita.

“Mungkin kalau saya jadi kaya, saya jadi lebih alpa kepada Allah, lalai kepada akhirat, meninggalkan syariat dan sebagainya.”

Orang yang tidak yakin dengan rezeki Allah, maka dia takut untuk menjalankan syariat Allah.

Jika di dalam perniagaan, dia tidak memohon pinjaman atau permohonan bantuan dari bank dengan cara riba, dia takut tidak maju perniagaannya. 

Dia takut kalau dengan cara mengiklankan sesuatu dengan meletakkan perempuan yang menutup aurat, takut orang tidak tertarik kepada syarikatnya. 

Berpegang teguhlah dengan syariat Allah, Allah telah menetapkan rezeki untuk setiap umatnya.

Ada yang takut dengan solat berjemaah rezekinya kurang,dia tidak solat tarawikh di bulan Ramadhan dan sanggup melakukan sesuatu yang haram untuk memajukan bisnes.

Allah sudah menentukan rezeki untuk setiap hambaNya. 

Tugas kita di atas muka bumi adalah menyempurnakan tanggungjawab kita, beribadah kepada Allah.

Menyempurnakan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah dan yakin dengan takdir dan ketentuanNya, pasti terselit hikmah darinya.

Kita perlu bina keyakinan kita terhadap Allah, jangan syak wasangka terhadap Allah, ‘jika saya tidak lakukan ini, bisnes saya merudum….’

Jangan berfikiran begitu, selagi kita berpegang teguh dengan syariat Allah maka bantuan Allah akan sentiasa bersama. Yakinlah.

Rujukan:

Cocombee, Kerana Takut Miskin.. ᴴᴰ | Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

 https://www.youtube.com/watch?v=f8r7VnKj00A
Read Entire Article