Kerana Dia Yang Memasak Untukku

1 year ago 257

Suatu hari, Saidina Umar Al-Khattab R.A. sedang dileter oleh isterinya. 

Setelah itu, datang seorang lelaki dari luar yang datang berjumpa Saidina Umar ingin mengadu sesuatu kepadanya.

Apabila beliau sampai kepada Saidina Umar, maka terdengar dari luar bahawa Amirul Mukminin sedang menerima leteran dari isterinya yang tercinta.

Kemudian, lelaki itu membatalkan niatnya untuk berjumpa Umar. Dia pun pulang.

Saidina Umar menyedari ada lelaki di luar lalu beliau membuka pintu.

Umar: Wahai fulan! Ke sini kamu. Ada apa hajatmu ke sini?

Lelaki: Aku datang ke sini kerana hendak mengadu perihal isteriku. Beliau ini kuat berleter kepadaku. 

Aku sudah tidak tahan dengan leterannya tetapi apabila aku sampai di sini aku lihat engkau juga sedang menerima leteran daripada isteri dan kamu tidak membalas leterannya. 

Kamu tidak marah, baran bahkan kamu mendengar leterannya. Maka, aku mengatakan, kalau begini hal keadaan engkau, bagaimana dengan keadaan aku? 

Bagaimana aku tidak boleh menerima leteran dari isteriku ketika itu, aku memutuskan untuk pulang dari rumah kamu.

Umar: Memang benar wahai fulan, aku menerima leteran dari isteriku ini kerana dia memasakkan aku, melahirkan anak-anakku, mengandungkan, menyusukan, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang, menjaga pakaianku, rumahku, membesarkan dan memberi kasih sayang kepadaku, memasakkan makanan untukku.

Mungkin sekali-sekala dia teremosi, mungkin perempuan itu selalu beremosi kerana Nabi mengatakan, mereka ini diciptakan dari tulang yang bengkok.

Yang menunjukkan sentiasa beremosi tetapi ciptaannya yang sentiasa beremosi merupakan suatu hikmah dari Allah

Maka lihatlah dengan mata hati kita, keindahan ciptaan Allah, perempuan bukan nabi dan rasul, bukan maksum, jika dia melakukan kesalahan kepada kita, ingatlah bahawa dia juga manusia.

Jika di dalam rumah ada api yang terbakar yakni kemarahan yang sedang menyala, maka salah seorang mesti menjadi air. 

Jangan keduanya menjadi api, rumah pasti terbakar. 
Jalanilah rumahtangga dengan harmoni supaya berkekalan hingga ke akhirnya.

Rujukan:

Cocombee, Kerana Dia Yang Memasak Untukku

Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

https://www.youtube.com/watch?v=2Y8xWktxn2I
Read Entire Article