Kenyataan Hadi Timbulkan Pelbagai Persoalan – Dr Shamsul

6 days ago 23

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah melihat kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan sendirinya membuktikan bahawa memang berlaku pemberian wang semasa Pilihan Raya Umum (PRU) PRU15 yang lalu.

Menerusi kenyataannya di Facebook, beliau yang juga Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) seterusnya menambah langkah seterusnya adalah seolah-olah cuba ‘menghalalkan’ perkara berkenaan.

“Kemudian mereka  cuba  “menghalalkan ” apa sahaja perbuatan mereka yang ternyata salah dari segi peraturan . Lebih membahayakan mereka mengaitkannya dengan agama supaya dilihat suci bersih.

“Inilah budaya dan sikap Pas sejak dulu. Pihak lain semuanya salah dan sebaliknya tidak salah kalau mereka yang lakukan,” katanya.

Kata beliau lagi yang juga Ahli Parlimen Lenggong, realitinya kini Pas sudah banyak berubah.

“Kuasa dan kedudukan sudah menjadi sangat penting bagi Pas dan kerana itu prinsip, pendirian serta peganggan mereka akan berubah kerana itu. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa dan kedudukan. Ini hakikatnya,” ujarnya.-UMNO Online

Read Entire Article