Kentut tiada bunyi selalunya busuk

2 months ago 42

LONDON: Pakar perubatan menjelaskan kentut yang tidak menghasilkan bunyi kebiasaannya adalah busuk kerana jumlah gas yang rendah dan mengandungi gas hidrogen sulfida.

Contoh makanan yang tinggi kandungan sulfur adalah ayam, telur, ikan, daging, kacang, bawang, sayur kobis, brokoli dan lobak.

Memetik laporan healthline, kentut yang berbau busuk secara fisiologi adalah normal dan sihat serta tidak mempunyai sebarang kesan buruk.

Ini kerana, sulfur yang mencukupi penting untuk regulasi fungsi tubuh badan.

Dalam pada itu, kentut yang menghasilkan bunyi yang kuat jarang menghasilkan bau kerana mengandungi jumlah gas yang tinggi seperti N, 02 dan CO2.

“Kentut adalah pembebasan gas usus yang terbentuk sebagai hasil daripada pencernaan makanan.

“Gas boleh didapati di seluruh saluran pencernaan termasuk perut, usus kecil, kolon dan rektum. Apabila gas sudah banyak, ia perlu dikeluarkan dari usus.

“Secara normal, manusia akan menghasilkan kentut sebanyak lima ke 25 kali sehari,” kata laporan itu.-AGENSI

The post Kentut tiada bunyi selalunya busuk appeared first on Utusan Malaysia.

Read Entire Article