Kempen, pendidikan keselamatan jalan raya melalui khutbah

1 month ago 120

AMAT berbesar hati menerima kunjungan Hormat Ts. Dr. Iskandar Bin Abdul Hamid, Pegawai Penyelidik Malaysia Institute Of Road Safety Research (MIROS) pada pagi ini. 

MIROS merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Pertemuan ini bertujuan bagi membincangkan isu berkenaan keselamatan jalan raya terutamanya berkenaan kepentingan menjaga nyawa diri dan orang sekeliling sewaktu memandu di atas jalan raya. 

Hal ini bertepatan dengan maqasid syariah untuk menjaga nyawa.

Semoga kerjasama strategik antara Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM dengan agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia dapat diperkukuh dan kekal utuh.

Antara langkah segera yang diambil, masjid-masjid dan surau-surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI menggerakkan pendidikan melalui topik-topik khutbah berkaitan serta melaksanakan  kempen-kempen keselamatan jalan raya. 

Semoga usaha kita diberkati.

YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 24/8/2022

The post Kempen, pendidikan keselamatan jalan raya melalui khutbah appeared first on HarakahDaily.

Read Entire Article