“Kekuatan Doa Itu Sangat Benar!” – Shahrulezad Kongsi Perkembangan Positif Nad Zainal

1 month ago 47

Umum mengetahui pelakon berbakat, Nad Zainal sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan disebabkan jangkitan kuman di paru-parunya.

“Semalam Lagi Nad Dah Mula Di Extubate..”

Terkini, pengarah dan penerbit Radius One Production, Shahrulezad Mohameddin berkongsi perkembangan terkini Nad Zainal yang sudah sedar sejak semalam, malah sempat melakukan panggilan video bersama pelakon drama Cina Buta tersebut.

“Yes! Semalam lagi Nad sebenarnya dah mula di extubate. Allahuakbar. Alhamdulillah. Dan abam sendiri sempat ber-video call dengan dia. Kami tak banyak bercakap sangat sebab Nanad masih lemah dan aku lebih banyak melalak sambil ketawa gembira.

“Dan ramai sebenarnya rakan-rakan rapat dah tahu yang Nanad sekarang dah sedar dan cuma pagi ini baru abam berani menguarkan pada semua dengan berkongsi video perkembangan Nanad dari Ungku Ismail ini. Alhamdulillah.”-Kongsi Shahrulezad

Dalam pada itu, Shahrulezad turut menitipkan ucapan terima kasih bagi semua pihak yang telah mendoakan Nad Zainal, serta meluahkan rasa yakin akan kekuatan doa kepada Allah SWT.

The post “Kekuatan Doa Itu Sangat Benar!” – Shahrulezad Kongsi Perkembangan Positif Nad Zainal appeared first on Murai MY.

Read Entire Article