Kejayaan tak turun dari langit- TMJ

2 months ago 42

PETALING JAYA: Semangat kekeluargaan menjadi ‘azimat’ buat Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mendominasi arena bola sepak tempatan dengan kejayaan triple hatrick dilakarkan kelab berkenaan.

Kejayaan menundukkan Ne­geri Sembilan 5-0, malam kelmarin menyaksikan JDT sah memenangi kejuaraan Liga Super sembilan kali berturut-turut.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencapaian pasukannya yang berterusan mencipta kejayaan demi kejayaan adalah hasil usaha keras semua pihak dan tidak sekadar turun dari ‘langit’.

TMJ menjadi watak utama kejayaan JDT.

“Kejayaan sebuah kelab tidak datang secara tiba-tiba namun ia dibina. Kami saling menya­nyangi,menghormati dan sanggup mati untuk satu sama lain.

“Kami bukan hanya kelab semata-mata namun adalah sebuah keluarga,” tulis Tunku Ismail menerusi laman Instagram miliknya.
Skuad Harimau Selatan terus membuatkan pasukan lain ‘gigit jari’ untuk merasai kejuaraan utama liga tempatan.

JDT bermain ‘bunga api’ lebih awal selepas pencabar terdekat, Sabah FC tewas 0-2 di tangan Terengganu FC (TFC) di Kuala Terengganu.

Kekalahan skuad Badak itu menyaksikan perebutan takhta Liga Super berakhir memandang­kan JDT tidak lagi boleh dikejar mana-mana pasukan pada musim ini.

Sebelum ini, JDT II dinobatkan juara Liga Perdana manakala JDT II merangkul trofi Piala Presiden sekali gus membuktikan kelab itu memiliki kualiti yang sukar dicabar di semua peringkat.-UTUSAN

 

The post Kejayaan tak turun dari langit- TMJ appeared first on Utusan Malaysia.

Read Entire Article