“Kanapa Dia Masih Belum Kahwin? ‘Menunggu’ Ke?,” – Jumpa Di Set, Vida Berdebar Bertentang Mata Dengan Iqbal Zulkefli

1 month ago 59

Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida mendedahkan dia sendiri tidak tahu akan dipertemukan dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli, di set penggambaran bagi sebuah projek filem, semalam.

Menurut Vida, meskipun pada awalnya dia agak terkejut, namun, dia tetap kekal tenang dan menyempurnakan tugasannya itu secara professional.

“Baru-baru ini saya ada menjalani penggambaran bagi sebuah projek filem. Saya sendiri tak tahu siapa barisan pelakon yang membintangi filem tersebut.

“Pengurus saya mengatakan saya mempunyai tiga babak didalam drama ini. Saya memainkan watak sebagai seorang guru besar. Sampai je dekat set, saya nampak ada Iqbal.

“Mula-mula saya pun macam ‘apa ni?’. Pihak produksi memang pandai nak mengaturkan kami. Namun, takkanlah saya nak bergaduh, bertekak atau nak balik.

“Saya tak nak menyusahkan orang. Jadi, saya hadap sahaja,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Ku Ikhlaskan ini berkata sedemikian pada sidang media pelancaran drama bersiri Demi di sebuah hotel di ibu kota hari ini.

Pengusaha kosmetik itu hadir sebagai memenuhi jemputan untuk memeriahkan majlis berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin, yang kemudian merasmikan majlis tersebut.

Bagaimanapun, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman akui berdebar ketika dia dan Iqbal digandingkan di dalam salah satu babak filem tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut tertanya-tanya mengapa Iqbal masih lagi membujang sampai sekarang.

“Dia sekarang nampak dah matang sikit. Saya pun tidaklah sampai nak serang dia. Hati saya berdebar-debar bila nampak dia. Cuma saya tertanya-tanya kepada dia masih belum berkahwin. ‘Menunggu’ ke?

“Kami pun tak bercakap atau bertegur. Nak bermain mata pun tak sempat. Kami hanya berjumpa di hadapan kamera ketika digandingkan dalam satu babak. Lepas selesai, saya terus balik.

“Saya hanya ikut arahan pengarah. Lagipun, skrip saya spontan je. Saya pun tak tahu apa yang akan berlaku seterusnya nanti,” kongsinya lagi.

Sementara itu, Iqbal ketika dihubungi memberitahu, sudah setahun dia dan Vida tidak berhubung ekoran isu yang timbul antara mereka sebelum ini.

Ditanya mengenai komen Vida, Iqbal, 27, berkata dia sudah melupakan kisah yang berlaku antara dia dan bekas majikannya itu.

“Kami tak berbual pun di set tu sebab bila dah mendalami watak, saya hanya fokus pada kerja.

“Cuma saya terfikir juga mengapa Vida tak tahu mengenai kehadiran saya sedangkan produknya dipromosi dalam filem berkenaan.

“Tapi jika ditanya soal perasaannya yang berdebar- debar, saya nak tahu apa punca dia jadi begitu apabila melihat saya?” katanya.

Mengulas mengenai jodoh, Iqbal berkata, dia tidak memikirkan soal pengganti buat masa ini malah tidak meletakkan sebarang kriteria tertentu buat wanita pilihannya.

Menurut Iqbal, dia cuma berharap bakal isterinya nanti bukan seorang yang ‘kuat drama’ selain penting untuk selalu mempermudahkan urusannya.

“Bukan tak ada yang cuba mendekati, cuma untuk memiliki hati saya bukan semudah itu,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Vida & Iqbal Zulkefli

The post “Kanapa Dia Masih Belum Kahwin? ‘Menunggu’ Ke?,” – Jumpa Di Set, Vida Berdebar Bertentang Mata Dengan Iqbal Zulkefli appeared first on Media Hiburan.

Read Entire Article