“Kamu Berdua Menyusahkan Saya..” – Lufya Kesal Jadi Mangsa Fitnah Bekas Suami & Julia Farhana?

2 months ago 49

Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar menerusi hantaran di Instatgram, menyatakan bahawa dia telah ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya setelah mendapat surat pemberitahuan dari pihak polis untuk membuka siasatan lebih lanjut berhubung dakwaan fitnah oleh bekas suaminya dan aktres, Julia Farhana.

Dituduh Buat Kecoh & Ganggu Bekas Suami

Menurut Lufya, dia menyifatkan bekas suami dan aktres wanita itu telah menyusahkan dirinya dari segi masa, tenaga, wang ringgit serta tugasnya sebagai seorang ibu tunggal yang bekerja menyara anak.

“Beberapa minggu ini saya dipanggil berulang kali bagi membantu siasatan polis di Sg. Buloh dan Kota Damansara berkenaan saya mengganggu dan memfitnah seorang aktres baru.

Saya juga dikatakan telah membuat kecoh dan mengganggu bekas suami yang juga teman lelaki aktres itu di kliniknya sedangkan saya hanya hantar anak yang sedang demam teringin bertemu dengan ayahnya.

Lawatan ke klinik itu adalah secara kebetulan kerana itu ke klinik bersebelahan dengan klinik bapanya. Saya hanya tunggu di luar klinik.”-Jelas Lufya

Tidak Akan Berdiam Diri

Tambahnya lagi, Lufya turut menyatakan bahawa dia tidak akan berdiam diri terhadap fitnah yang dilemparkan oleh bekas suami dan Julia Farhana terhadapnya, malah Lufya juga akan mendapatkan pembelaan terhadap kes yang dianggap sebagai jenayah buli siber, memfitnah, memalukan dan merosakkan reputasi beliau dan anaknya.

“Saya tidak akan berdiam diri diatas fitnah yang kamu berdua lemparkan terhadap saya. Saya harap pihak berkuasa mengambil perhatian terhadap kes ini kerana saya sudah tidak dapat bertahan lagi dengan gangguan yang diberikan oleh 2 pihak yang tidak bertanggungjawab ini.”-Tulis Lufya

Semoga Lufya terus kuat hadapi ujian dan dipermudahkan segala urusan…

The post “Kamu Berdua Menyusahkan Saya..” – Lufya Kesal Jadi Mangsa Fitnah Bekas Suami & Julia Farhana? appeared first on Murai MY.

Read Entire Article