Kabinet: PM umum esok, angkat sumpah Isnin

11 months ago 2767

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan senarai Kabinet baharu pada jam 11.00 pagi esok, lapor Bernama.


Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan anggota Kabinet itu akan mengangkat sumpah pada jam 2.30 petang, Isnin ini.

Pada jam 11.00 pagi tadi, Ismai Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, Kuantan bagi mempersembahkan cadangan senarai Kabinet.

Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu daripada Ismail Sabri susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Perdana Menteri tidak akan mengumumkan senarai barisan menteri Kabinet, hari ini.

Bernama melaporkan, Ismail Sabri tiba di Perdana Putra pada kira-kira pukul 3.40 petang selepas kembali dari Pahang dan hanya melambaikan tangannya kepada petugas media yang menunggu di sekitar bangunan itu.