Jemaah kini boleh kembali sentuh Kaabah

1 month ago 85
Kerja-kerja giat dilakukan untuk menanggalkan kain penghadang di sekeliling Kaabah di Makkah, Arab Saudi pada 2 Ogos 2022. (FOTO LNU News)

JEDDAH: Kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk menghapuskan sekatan pencegahan di sekeliling Kaabah di Makkah selepas dua tahun, dengan menanggalkan kain penghadang di sekeliling Kaabah bagi membolehkan jemaah kembali melakukan amalan menyentuh rumah Allah itu.

Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais, yang mengetuai Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci, mengumumkan keputusan itu pada Selasa (2 Ogos) bahaw kain penghadang itu mula dipasang di sekeliling Kaabah pada tahun 2020 susulan pendemik Covid-19, lapor Arab News.

Kawasan sekitar Kaabah, tempat jemaah haji tawaf tujuh kali itu ditutup pada Mac 2020 untuk pensterilan sebagai langkah pencegahan bagi membendung penularan virus korona.

Al-Sudais berkata bahawa keputusan ini menunjukkan keprihatinan yang diambil oleh kepimpinan Saudi terhadap pengunjung Masjidil Haram dan pengabdiannya untuk memudahkan ibadah mereka dalam suasana yang selamat dan penuh kerohanian, memandangkan jumlah pengunjung yang ramai yang masjid telah mula saksikan sejak permulaan musim umrah pada tahun ini.

Sehubungan itu, beliau merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman atas penjagaan, perhatian dan sokongan mereka terhadap Dua Masjid Suci. 

Menurutnya lagi, jawatankuasa presiden sedang bekerjasama dengan semua sektor yang beroperasi di Masjidil Haram untuk menerima jemaah haji  dan umrah dalam menyediakan semua perkhidmatan yang diperlukan, selaras dengan aspirasi kepimpinan kerajaan Saudi.

“Segala persiapan  untuk menyediakan perkhidmatan telah dilakukan sejak awal, selaras dengan rancangan pengurusan orang ramai, dan menyediakan Masjidil Haram di Makkah dan halamannya untuk memudahkan ibadah umrah untuk jemaah haji dengan mudah dan tenang,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/8/2022

Read Entire Article