IPDAS JAKIM mantapkan usaha pendidikan di Sabah

1 month ago 115

KERAJAAN sentiasa berusaha dalam memastikan kemajuan dan kesejahteraan institusi pendidikan Islam, termasuk IPDAS JAKIM di Sabah.

Dalam aspek memantapkan sistem pengajian di IPDAS, suatu MoU antara IPDAS dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) telah ditandatangani sebelum ini bagi meningkatkan kemahiran Mualaf dengan ilmu kemahiran seperti pembaikan telefon dan kimpalan. 

Selain itu, IPDAS dan JAKIM telah mewujudkan kerjasama strategik dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Pembangunan Sumber Manusia bagi melaksanakan program baharu iaitu Sijil Kemahiran Malaysia Dakwah Islam di IPDAS Kampus Kudat. 

IPDAS juga sedang mengerakkan pelan strategik dalam mewujudkan beberapa program baharu seperti Diploma Dakwah Digital dan Diploma Pelancongan Islam.  

Melihat pentingnya para pendidik dalam melahirkan anak bangsa yang berketrampilan, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menaik taraf jawatan pensyarah Darul Quran, IPDAS dan IKMAS seramai 72 orang ke status ‘Contract of Service’ lantikan Jabatan Perkhidmatan Awam. IPDAS kini juga sedang ke arah mencapai pengiktirafan Integrated Management System ISO9001:2015 dan EOMS 21001:2018. Proses pengauditan oleh SIRIM telah selesai dilaksanakan pada 27 hingga 29 Julai 2022 yang lalu.

Dalam memantapkan kelestarian pendidikan, kerajaan telah meluluskan pembangunan infrastruktur IPDAS melalui Projek RMK-12. Saya yakin, Projek RMK-12 IPDAS akan berjalan dengan lancar melalui pengurusan yang berintegriti akan mengukuhkan lagi nama IPDAS sebagai Pemberi Pendidikan Tinggi JAKIM di persada negara. 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan buat semua warga IPDAS atas sumbangan dan usaha menggerakkan pendidikan di bumi Sabah. Semoga usaha ini akan menjadi penyumbang kepada kelestarian dakwah dan pendidikan di bumi Sabah dan Malaysia.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 8/8/2022

The post IPDAS JAKIM mantapkan usaha pendidikan di Sabah appeared first on HarakahDaily.

Read Entire Article