“Ingatkan Bawak Plastic Bag Kiri Kanan” – Busana Aina Abdul Jadi Bahan Jenaka Netizen?

1 month ago 40

Penampilan penyanyi berbakat, Aina Abdul ketika membuat persembahan di sebuah private event anjuran Syarikat minyak dan gas, Petronas baru-baru ini  telah mencuri perhatian ramai.

Aina dilihat menggayakan persalinan hitam dan lengan berwarna putih hasil rekaan pereka terkenal, Khuntum .

“Thank you @Petronas for tonight!”-Kapsyen Aina di Instagram

Undang Pujian & Jadi Bahan Jenaka Netizen?

Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata peminat membanjiri hantaran Aina di Instagram dengan kata-kata pujian serta berseloroh terhadap busana penyanyi lagu Sumpah itu.

“Laa ingatkan bawak plastic bag kiri kanan..😂.”

“I ingatkan Aina bawa dua biji bawang putih tadi hehe. But love it creative. Stay gorgeous Aina.”

“Ni kalau tengah lapar, baju ni boleh bawa bergaduh 🤣.”

“Kalau pi kenduri boleh tapau makanan ni.”

😍😍😍 Cantik sangattt . Aaaaaaa lengan sadonyaaa hehe 🔥 😂😂.”

“Selalu cantik.”

Apapun, Aina Abdul sememangnya mempunyai citarasa dan berani untuk tampil menggayayakan fesyen unik, sekaligus memecah kotak kebiasaan dalam berpakaian. Apa pendapat anda?

The post “Ingatkan Bawak Plastic Bag Kiri Kanan” – Busana Aina Abdul Jadi Bahan Jenaka Netizen? appeared first on Murai MY.

Read Entire Article