Influencer Iddin Ramli Buka Mulut Isu Hina Islam Di Twitter

2 months ago 52

Kecoh baru-baru ini di laman Twitter dengan isu sekelompok individu yang berani membuat satu ruangan secara langsung di twitter semata-mata untuk mempersendakan agama Islam. Perbuatan mereka telah menarik perhatian influencer Iddin Ramli yang juga penulis buku ‘Noktah Bersuara’ turut tampil bersuara tentang perbuatan mereka.

“Kononlah Nak Jadi Terpaling Savage

@iddinramlii

Bahaya liberal. Bila terlalu bebas bersuara tanpa dipandu wahyu maka kamu akan dipandu kebodohan sendiri

♬ original sound – Iddin Ramli – Iddin Ramli

Iddin menyuarakan pandangannya mengenai perbuatan individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini di akaun tiktok miliknya, @iddinramli. Menurutnya, kelompok tersebut hanyalah ingin menjadi terpaling bebas bersuara dan sebagainya. Sempat Iddin menyindir mengatakan dia ingatkan kelompok yang bebas bersuara ini adalah orang-orang yang berpendidikan tapi pada hakikatnya mereka semua sebaliknya.

kononlah nak jadi terpaling savage, terpaling woke, terpaling bebas bersuara. Tapi ini bukan terpaling woke. ingatkan terpaling educated, rupanya, maaf cakap terpaling bodoh namanya. -Iddin Ramli

Kerasnya lagi, dia mengingatkan kepada semua bab agama jangan pernah dibuat main dan seandainya ingin mempersendakan atau menghina parti, hina lah parti sahaja bukan agama dan ibadah islam.

Ingat, jangan buat main agama. jangan mempersendakan agama. kalau kita nk mempersendakan perti, nak hina parti, nak keji parti, silakan. Tapi jangan buat main dan keji agama dan ibadah dalam islam.- Kerasnya.

 

“Jaga Lidah Kita”

Tambah Iddin lagi dalam video tersebut, manusia akan menyesal dengan apa yang diperkatakan di dunia suatu hari nanti dan dia juga mengingatkan bahawa Nabi pernah berpesan jagalah lidah dan tutur kata kita di dunia ini.

Wallahi, manusia ramai akan menyesal apa yang diperkatakan didunia suatu hari nanti. Sebab itu Nabi bagitahu, jaga lidah kita kalau tak nak masuk ke dalam api neraka. Tak marah, nasihat.-Ujarnya

Sekadar info, Iddin Ramli merupakan seorang founder untuk NASEEHAT yang mana sebuah platform yang menyajikan dakwah-dakwah dan motivasi kepada anak muda dan rakyat Malaysia.

The post Influencer Iddin Ramli Buka Mulut Isu Hina Islam Di Twitter appeared first on Murai MY.

Read Entire Article