Hujan lebat banjiri Seoul

1 month ago 48
Banjir kilat membanjiri stesen tren dan meneggelamkan kenderaan pada 8 Ogos 2022. (FOTO Twitter/@i_melody_you/@cafetero7878)

SEOUL: Beberapa kawasan di Seoul dibiarkan dinaiki air pada Isnin (8 Ogos) ketika hujan lebat melanda ibu kota Korea Selatan, menenggelamkan kenderaan dan menyebabkan penduduk dipindahkan.

Gambar dan video yang tersebar di media sosial menunjukkan jalan raya yang dinaiki air dengan penumpang mengharungi hujan, serta air mengalir menuruni anak tangga stesen kereta api bawah tanah.

Menurut agensi berita Yonhap, sehingga 170mm hujan turun di wilayah tengah negara pada hari Isnin, termasuk kawasan ibu kota.

Seoul menerima 90.5mm hujan setakat 8 malam waktu tempatan. Daerah Dongjak di selatan Seoul juga merekodkan 137mm hujan sejam, hujan terburuk dalam beberapa dekad, tambah laporan itu.

“Hujan lebat menyebabkan banjir dan gangguan bekalan air di beberapa wilayah. Penduduk di kawasan rendah dipindahkan untuk keselamatan manakala bahagian laluan kereta api bawah tanah terpaksa berhenti,” ujar laporan tersebut.

Seorang pengguna Twitter @evh5150 pula memberitahu bahawa terdapat gangguan bekalan elektrik di kawasan Gangnam. 

Pentadbiran Meteorologi Korea sebelum ini mengeluarkan amaran hujan lebat di seluruh Seoul, bandar pelabuhan barat Incheon, bahagian utara Wilayah Gyeonggi dan utara Wilayah Gangwon.

Sementara, Perkhidmatan Operasi & Maklumat Pengangkutan Seoul berkata dalam tweet kira-kira jam 10.10 malam bahawa Jalan Yangjae-daero dinaiki air dan kenderaan tidak boleh lalu. Gambar di persimpangan sebuah jalan raya  menunjukkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Mesej keselamatan awam yang dihantar kepada penduduk di Seoul pada kira-kira 11.10 malam waktu tempatan (10.10 malam waktu Malaysia ) memberi amaran tentang potensi tanah runtuh. 

Penduduk ang tinggal berhampiran dengan hutan juga dinasihatkan supaya berpindah sebagai langkah berjaga-jaga. – HARAKAHDAILY 9/8/2022

Read Entire Article