“Haritu Takde PM, Bising, Marah..”-Nabila Huda Tegur Netizen Persoal Nilai Kasut PM-10?

1 month ago 44

Baru-baru ini tular kenyataan yanag berbaur sindiran terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menolak menggunakan kenderaan jenis Mercedes S600 untuk kegunaan urusan rasmi, namun dilihat memakai kasut berjenama mewah yang berharga kira-kira RM5,500.

Tegur Sikap Netizen

Isu tular tersebut turut mendapat reaksi oleh Pelakon, Nabila Huda menerusi ciapan di Twitter yang menegur sikap segelintir netizen yang mahu memecahbelahkan sesama sendiri.

“Nak cakap pasal bangsa lain itu ini lah, tanah Melayu lah, hak Melayu lah. Tapi dalam tak sedar, sendiri yang nak pecahbelahkan sesama sendiri. Tak puas hati sesama sendiri, fitnah sesama sendiri. Macam mana tu. Very confusing la you guys ni.”-Tulis Nabila

“Sampai Kasut Orang Tu Pun Kau Nak Investigate..”

via Twitter

Dalam pada itu, pelakon filem Munafik ini turut mempersoalkan segelintir netizen yang tidak berpuas hati dalam setiap perkara sehinggakan sanggup ‘menyiasat’ harga kasut yang dipakai oleh Perdana Menteri ke-10 itu.

“Hari tu takde PM, bising, marah, tak puas hati lama tunggu..Now dah ada tak puas hati pulak. Sebelum ni tak suka, yang baru pun tak suka.

Habis nak yang mana ni? Semua ada je yang tak kena. Sampai kasut orang tu pun kau nak investigate berapa harga. Apa benda korang ni..”-Tambahnya lagi

Sekadar info, Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi ciapan di Twitter menjelaskan bahawa kasut miliknya yang didakwa bernilai lebih dari RM5,000 itu adalah pemberian Tuanku Sultan Johor dua tahun yang lalu.

The post “Haritu Takde PM, Bising, Marah..”-Nabila Huda Tegur Netizen Persoal Nilai Kasut PM-10? appeared first on Murai MY.

Read Entire Article