‘Hari Ini Nak Peluk Siapa Pula?’- Ismail Izzani Teruk Disindir Netizen Selepas Tular Video ‘Panas’

2 months ago 40

Nama penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani baru-baru ini menjadi bualan ramai selepas tular video yang memaparkan aksi seorang lelaki yang mirip wajahnya sedang berpelukan dengan seorang wanita di sebuah kelab.

Tidak memberikan sebarang penjelasan terhadap video tular itu, Ismail Izzani dilihat berkongsi foto terbarunya di Instagram.

“Have a nice day ahead everyone.”-Kapsyen Ismail Izzani di Instagram

Teruk Disindir Netizen

Walaubagaimanapun di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menyindir Ismail Izzani yang dikatakan masih tenang walaupun teruk dikecam setelah tular video panas itu.

“Manusia tak tahu malu. Tak malu kat manusia tak malu kat tuhan.”

“Kantoi gelabah ❎ Kantoi relax ✅.”

“Harini minum bir apa pulak Mail?.”

“Dia boleh tolak, tapi dia lebih memilih untuk stim.”

“Malam mabuk lagi, enjoy lu.”

“Eh hilang mabuk dah??.”

Sebelum ini, Ismail Izzani pernah dituduh telah terlanjur dengan seorang gadis sehingga menyebabkan hamil anak luar nikah. Walaubagaimanapun, ibunya tampil menafikan dakwaan tersebut dengan percaya akan anak lelakinya yang tidak akan melakukan perbuatan keji itu.

The post ‘Hari Ini Nak Peluk Siapa Pula?’- Ismail Izzani Teruk Disindir Netizen Selepas Tular Video ‘Panas’ appeared first on Murai MY.

Read Entire Article