Guna khidmat pakar agensi perumahan Singapura bimbangkan rakyat

2 days ago 14

 

TASEK GELUGOR: Keputusan kerajaan yang mahu menggunakan khidmat pakar daripada agensi perumahan Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, kebimbangan itu disebabkan pemilikan hartanah terutamanya dalam kaum Melayu semakin mengecil.

“Sebagai contoh, di Pulau Pinang milikan tanah kaum Melayu di daerah Timur Laut cuma 1.16 peratus.

“Di daerah Barat Daya pula, hanya tinggal 15 peratus milikan orang Melayu dan peratusan ini sedang mengecil saban tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, berdasarkan kajian Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Pulau Pinang pada 2010, 55 peratus daripada hartanah di sini dimiliki kaum Cina manakala orang Melayu hanya 27 peratus.

“Kita perlukan data terkini untuk 2023 tetapi apa yang jelas ia menunjukkan pemilikan hartanah Bumiputera yang jauh terkebelakang sudah sekian lama.

“Di peringkat Persekutuan pula, pemilikan hartanah Bumiputera adalah kecil.

“Transaksi rumah kediaman, premis industri dan kompleks komersial yang direkodkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara menunjukkan hanya 36.3 peratus dimiliki Bumiputera,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan kerajaan Singapura bersetuju menghantar beberapa pakar HDB bulan depan untuk berkongsi kepakaran dengan Malaysia dalam usaha memantapkan lagi sektor pembinaan perumahan awam negara.

Langkah itu adalah antara komitmennya untuk memberi tumpuan khusus kepada sektor perumahan, selain menyatakan kesediaan untuk mempelajari daripada negara lain. – UTUSAN

The post Guna khidmat pakar agensi perumahan Singapura bimbangkan rakyat appeared first on Utusan Malaysia.

Read Entire Article