EU Menuntut Telefon Dan Bateri Boleh Ditanggalkan Dikembalikan Dalam Pasaran

6 months ago 142

Trend telefon pintar yang semakin berdimensi nipis telah memaksa syarikat pengeluar untuk meninggalkan bateri boleh tanggal. Pada masa kini, hampir tidak ada telefon yang mempunyai bateri yang bukan sebahagian daripada struktur telefon pintar.

Minggu ini, Parlimen Eropah mengundi sokongan dalam menjadikan bateri lebih mampan termasuk menjadikannya boleh tanggal dan diganti. Mereka menerima pakai pendirian dalam isu kebolehtanggalan dan kebolehgantian bateri, satu aspek penting untuk memanjangkan hayat produk elektronik yang dijual di Eropah.

Kesatuan Eropah telah pun mempertimbangkan untuk memaksa pengeluar supaya kembali kepada bateri boleh tanggal pada 2020. Draf rang undang-undang kemudiannya dibangunkan oleh institusi itu, dengan tujuan untuk mengurangkan jumlah sisa elektronik.

Memandangkan bateri lithium ditemui dalam pelbagai jenis peranti dan peralatan, daripada telefon pintar kepada skuter, kereta elektrik dan storan tenaga untuk grid pintar – memastikan baterinya boleh dikeluarkan dan diganti apabila ia sudah semakin usang adalah sangat penting bagi memastikan produk tersebut dapat bertahan lebih lama dan mengelakkan pembaziran yang tidak perlu.

Bagaimanapun, pengesyoran Parlimen Eropah ini masih jauh daripada pelaksanaannya. Menurut Right to Repair, ia memerlukan rundingan antara Parlimen dan Majlis Eropah. Sekiranya rundingan itu berjalan lancar, cadangan tersebut boleh diluluskan pada tahun 2022.

Sumber: Right to Repair

The post EU Menuntut Telefon Dan Bateri Boleh Ditanggalkan Dikembalikan Dalam Pasaran appeared first on OMG! Hackers?.

Read Entire Article