Empat senator angkat sumpah

1 month ago 33

KUALA LUMPUR: Seramai empat senator baharu mengangkat sumpah di Dewan Negara pagi ini, susulan pengumuman pelantikan mereka menyertai Kabinet semalam.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim di Bangunan Parlimen.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri menjadi individu pertama mengangkat sumpah dalam majlis berkenaan sekitar pukul 8.30 pagi.

Ia disusuli bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd., Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sementara itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang dilantik sebagai Menteri Luar menjadi individu ketiga mengangkat sumpah pada pukul 8.39 pagi.

Majlis angkat sumpah berkenaan diakhiri oleh Ketua Hakim Syarie, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar yang dilantik sebagai Menteri Agama sekitar pukul 8.45 pagi.

Terdahulu kenderaan membawa keempat-empat menteri berkenaan dilihat memasuki pekarangan bangunan parlimen sekitar pukul 7.30 pagi diikuti kenderaan yang membawa Rais Yatim pada pukul 8 pagi. – UTUSAN

The post Empat senator angkat sumpah appeared first on Utusan Malaysia.

Read Entire Article