Empat kelab Eropah bantu kuatkan mental JDT

2 days ago 15

PETALING JAYA: Meskipun telah muncul juara sembilan kali Liga Super dan mendominasi Liga Malaysia (Liga M) sebagai pasukan sukar ditewaskan, namun Johor Darul Ta’zim (JDT) masih melakukan persiapan rapi bagi menghadapi musim ini.

Memilih Dubai sebagai tempat melakukan persiapan pramusim, skuad Harimau Selatan itu juga akan mengharungi perlawanan persahabatan dengan empat kelab Eropah.

Peluang itu mahu digunakan bagi membentuk dan menguatkan lagi mentaliti positif dalam jiwa setiap pemain.

Pengendali JDT, Esteban Solari berkata, elemen itu adalah fokus utama dan beliau mahu setiap pemain menunjukkan kemajuan dalam perlawanan akan diharungi nanti.

“Semua sedar JDT adalah kelab mempunyai standard tinggi. Setiap masa kami mahu memperbaiki prestasi dan ini sebab mengapa kami berada di sini (Dubai).

“Kami mahu bertemu dengan pasukan memiliki barisan pemain bagus dan mereka ketika ini berada di kedudukan terbaik dalam Liga Russia,” katanya.

Scenes from yesterday's intense training ahead of our preseason friendly match against FC Rostov tonight 👊🏻

Watch the full video on our YouTube Channel at https://t.co/yMmgUaDMsX#JDTinDubai#Preseason#JDTDoingJDTThings#WhatCanYouDo#TrainingSession #LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/AQVe17JyUq

— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 25, 2023

JDT dijadual bertemu kelab Bulgaria, FC Levski Sofia sebelum berdepan tiga pasukan terkenal Russia iaitu FC Rostov, FC Lokomotiv Moscow dan juara liga negara terbabit, FC Zenit St Petersburg.

Difahamkan, skuad Harimau Selatan itu turut merancang untuk menambah satu lagi aksi menentang kelab berpangkalan di Dubai.

“Ini satu bentuk pembelajaran bagi kami dan akan membantu pasukan untuk berkembang. Sekarang saya berada di sini, saya mahu menerapkan ‘grow mentality’ yang bermaksud pemain perlu belajar dari setiap perlawanan.

“Mereka perlu bekerja keras untuk mencapai daya tahan tinggi kerana itu adalah penting bagi pemain bola sepak,” jelas jurulatih dari Argentina itu.

The post Empat kelab Eropah bantu kuatkan mental JDT appeared first on Utusan Malaysia.

Read Entire Article