“Dulu Masa Kerja Dekat Hlive…,” – Profesional Waktu Bekerja, Elly Arifin Jawab Isu Dengan Sharnaaz Ahmad

1 month ago 73

Pengacara dan pelakon, Elly Arifin menjawab pertanyaan ramai mengenai kerjasamanya bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad menerusi program, Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 (MLS3) meskipun satu ketika dahulu mereka didakwa pernah bergaduh.

Jelas Elly, dia dan Sharnaaz sebenarnya sudah lama melupakan hal tersebut dan kini mereka sudah membuka lembaran baru.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elly Arifin (@ellyarifin)

“Jawapan untuk orang yang fikir kitorang still gaduh. Dulu masa elly kerja kat hlive, Elly pernah interview @sharnaazahmad pasal personal life dia tapi mood dia tengah tak ok so masing-masing triggered.

“Biasa la zaman muda mudi kan? But as time goes by, masing-masing dah matang dan dah move on,” tulisnya.

Respon tersebut dikongsikan oleh bekas pengacara Hlive itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Di MLS3, Elly atau nama sebenarnya Nurul Elyana Kamalul Arifin bertindak selaku pengacara MLS3 Live Plus manakala Sharnaaz pula merupakan hos utama bagi program tersebut.

Menerusi posting yang sama, Elly turut berkongsi sepotong video bersama Sharnaaz ketika di belakang pentas.

Katanya lagi, dia dan Sharnaaz tiada masalah untuk berkerjasama memandangkan kedua-duanya merupakan selebriti profesional.

“Jadi, kisah lama kita dah lupakan sebab masing-masing belajar untuk melupakan dan memaafkan.

“Jadi sekarang masing-masing dah cool and kerja pun profesional je. So takde isu pun. We are cool right @sharnaazahmad?,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut tumpang gembira selain turut memuji sikap matang kedua-dua selebriti tersebut.

Malah Sharnaaz turut dilihat tidak ketinggalan memberikan komennya di posting tersebut.

“Kita sudah dewasa. Mamu pun minta maaf kalau ada salah silap. Mungkin lasa tu lapar tak makan lagi kot.

“Sorry na Elly. Kita move foward dan sama-sama berjaya dunia akhirat,” katanya.

Terdahulu, MLS3 bersiaran pada setiap hari Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Warna.

Program ini juga turut menampilkan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najib Ali selaku juri tetap.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Elly Arifin & Sharnaaz Ahmad

The post “Dulu Masa Kerja Dekat Hlive…,” – Profesional Waktu Bekerja, Elly Arifin Jawab Isu Dengan Sharnaaz Ahmad appeared first on Media Hiburan.

Read Entire Article