Dukacita untuk kita tapi baik untuk dia

9 months ago 227

ALMARHUM (Ahmad Zaki Mahbar) dijemput oleh Allah pada hari Jumaat ketika sedang melakukan kerja-kerja amal.

Allahu Akbar!

Mungkin sepanjang hidupnya dia tak dikenali tetapi hari ini, ramai yang mendoakannya.

Dan mungkin ada yang tidak tahu bahawa almarhum juga merupakan seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bahagian dakwah yang aktif menggerakkan masyarakat Orang Asli di Johor.

Pengakhiran hidupnya husnul khatimah. Amin.

مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (Al-Ahzab: 23)

Kita yang masih hidup ini belum tentu pengakhirannya bagaimana dan semestinya kita mengharapkan Allah SWT juga menamatkan usia kita dengan husnul khatimah.

Alhamdulillah tadi saya sempat bertemu wakil keluarga almarhum mengucapkan takziah. Semoga mereka tabah dengan ujian yang menimpa.

Sedikit sumbangan mewakili pihak kerajaan melalui Tabung Musaadah juga telah disampaikan untuk membantu kebajikan isteri dan anak-anak almarhum.

Dalam penghormatan terakhir, JAKIM dan Jabatan Amal Malaysia telah bersama-sama menguruskan jenazah dan selesai disolatkan sebentar tadi. – HARAKAHDAILY 25/12/2021

(Diambil daripada catatan di laman Facebook Ustaz Idris Ahmad malam tadi.)

The post Dukacita untuk kita tapi baik untuk dia appeared first on HarakahDaily.

Read Entire Article