Dua murid didakwa hampir jadi mangsa culik di luar pagar sekolah

1 week ago 23
peniaga lemas

peniaga lemas

GUA MUSANG:  Dua murid dipercayai hampir menjadi mangsa culik kepada dua lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah sekolah di sini, dalam tempoh dua hari berturut-turut  minggu ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian pertama didakwa berlaku kira-kira pukul 5 petang  Isnin lalu melibatkan murid perempuan tahun empat selepas Kelas Asas Fardu Ain (KAFA).

Katanya, kejadian kedua pula berlaku di lokasi dan waktu sama membabitkan murid lelaki tahun satu.

“Kedua-dua murid terbabit dipanggil dua lelaki yang tidak dikenali untuk menaiki kenderaan mereka. Dalam kejadian pertama Isnin lalu, dua lelaki terbabit yang dikatakan menaiki kereta jenis Perodua Kancil berwarna putih di seberang jalan memanggil murid perempuan itu.

“Bagi kejadian kedua pula, dua lelaki menaiki kereta jenis Perodua Myvi berwarna kelabu didakwa bertindak memanggil seorang murid lelaki. Bagaimanapun, kedua-dua murid itu tidak menghiraukan panggilan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan yang tular dalam aplikasi WhatsApp itu.

Katanya, polis memandang serius kejadian berkenaan dan membuat rondaan serta pemantauan di sekolah terbabit.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan polis berharap ibu bapa dapat mengambil anak masing-masing tepat pada masanya selain menasihatkan anak mereka tidak bermain di luar pagar sekolah. Kami juga berharap tiada sebarang spekulasi berkaitan kes tersebut dan boleh berhubung terus dengan pihak polis di talian 011-5551 8768,” ujarnya. – UTUSAN

 

The post Dua murid didakwa hampir jadi mangsa culik di luar pagar sekolah appeared first on Utusan Malaysia.

Read Entire Article