Digelar ‘Lesbian’ Selepas Kongsi Foto Bersama Ibu, Puteri Balqis Luah Rasa Kesal!

2 months ago 45

Pelakon remaja, Puteri Balqis sebelum ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsi foto bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz di media sosial.

Digelar Sebagai Lesbian?

Walaubagaimanapun, seorang netizen yang dikenali sebagai @OFFICIAL_OMGZAI dilihat memberikan komen kurang sopan dengan menggelarnya sebagai ‘lesbian’.

“Dah jadi lesbian pulak dah.”-Komen seorang netizen.

“Selayaknya Saya Mengasihi Ibu Saya…”

Tidak berdiam diri, Puteri Balqis menerusi Insta Stories, menjelaskan bahawa dia selayaknya untuk mengasihi ibunya yang dikatakan sentiasa dikecam oleh manusia seperti netizen berkenaan.

“Selayaknya saya mengasihi ibu saya yang setiap hari dikeji, disindir, dikecam manusia seperti anda. Semoga ibu saya yang dihina kerana bertatu, yang mengasihi,

yang mengajar saya tentang erti perit kehidupan dikurniakan dengan syurga yang tertinggi kerana ketabahannya.”-Tulis Puteri Balqis

Dalam pada itu, Balqis turut menyifatkan ibu kepada netizen tersebut telah gagal mendidiknya menjadi individu yang baik.

The post Digelar ‘Lesbian’ Selepas Kongsi Foto Bersama Ibu, Puteri Balqis Luah Rasa Kesal! appeared first on Murai MY.

Read Entire Article