Digelar Bodoh Selepas Ulas Isu Video Lama, Komen Caprice Memang ‘Padu’!

1 month ago 42

Baru-baru ini tular video yang memaparkan sekumpulan individu menyanyikan lagu negaraku dan bendera Malaysia dikibarkan bersama-sama bendera negara Israel di media sosial.

Video tular itu turut mendapat respon oleh penyanyi rap dan usahawan, Caprice, yang mempersoalkan tindakan sekumpulan individu berkenaan yang dikatakan seolah-olah mahu normalisasikan hubungan di antara dua negara tersebut.

“First of all Malaysia, ni adalah video lama. Walaubagaimanapun, saya masih mahu tahu walaupun kita sudah tahu siapa musuh kita, macam mana orang atas bot tu boleh tengok je, rakam, dan nyanyi kita punya lagu kebangsaan. Apa tujuan mereka?.”-Soal Caprice

Ditegur Netizen?

Walaubagaimanapun, video yang diulaskan oleh Caprice telah mendapat respon kurang baik oleh segelintir netizen yang menyifatkan penyanyi rap ini tidak melakukan “research” sebelum mengulas sesebuah isu.

“Cap ko ni kalau cari isu, cek la betul-betul. Tak silap aku ada company dah mengaku la diorang yang buat dan ini dah lama bukan masa kerajaan baru ni. Bodohnya laa..”

“Ada terbaca ni video lama. Periksa dulu sebelum sebar. Sebagai golongan influencer jangan mudah percaya fitnah dan propaganda.”

“Tahun bila punya video ni?.”

Caprice Beri Respon!

Tidak berdiam diri, Caprice dilihat membalas komen netizen berkenaan dengan menyatakan bahawa dia sudah menjelaskan dari awal video bahawa video yang tular tersebut merupakan video lama.

“Ko pulak tak reti tengok video eh?. Dalam video pun dah cakap ni video lama sekarang ni siapa yang bodoh?.”-Balas Caprice

Dipetik dari laporan Berita Harian, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung penyebaran klip video menunjukkan sekumpulan individu menyanyikan lagu Negaraku dan bendera Malaysia dikibarkan bersama-sama dengan bendera negara Israel di media sosial.

The post Digelar Bodoh Selepas Ulas Isu Video Lama, Komen Caprice Memang ‘Padu’! appeared first on Murai MY.

Read Entire Article