“Dia Buat Lagi…”- Penampilan Masya Masyitah Dikecam Netizen?

1 month ago 56

Penyanyi, Masya Masyitah sentiasa menjadi bualan ramai disebabkan penampilannya yang dikatakan tidak bersesuaian dengan dirinya yang memakai hijab

Walaubagaimanapun, Masya sekali lagi mencetuskan kritikan selepas berkongsi fotonya yang mengenakan cami crop top bersama inner berwarna hitam sewaktu berada di Dubai.

“Be a girl who turned her dreams into reality 💪🏻❤.”-Kapsyen Masya di Instagram

“Berat Dah Awak Ni Dik”

Ekoran itu, ruangan komen entri pelantun lagu Hapus dibanjiri dengan kritikan dan teguran buat Masya yang didakwa masih belum serik dikecam berhubung isu penampilannya.

“Dia buat lagi. Tutup je la komen kalau tak nak kena kecam.”

“Bukan begini pakaian muslimah wahai anak muda.”

“Berat dah awak ni dik.”

“Tak payah pakai tudung la gitu wak oii. Buat malu orang Melayu saja.”

Masya Masyitah sebelum ini pernah dikritik selepas dilihat menyentuh wajah seorang model lelaki di dalam muzik video (MV) lagu baharunya berjudul Simpanan.

The post “Dia Buat Lagi…”- Penampilan Masya Masyitah Dikecam Netizen? appeared first on Murai MY.

Read Entire Article