“Dah 2 Malam Tak Tido Lena!” – Erma Fatima Komen Isu Kemelut Politik Negara

2 months ago 42

Kemelut politik yang melanda negara setelah berakhir Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada Sabtu baru-baru ini masih menjadi bualan selepas tiada parti yang mencapai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan baharu.

Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima menerusi hantaran di Instagram meluahkan pandangannya sebagai rakyat Malaysia yang berhak mengambil tahu tentang kemelut politik yang sedang berlaku.

“Dah 2 malam tak tidur lena! Memanglah bukan aku yang bertanding. Peduli apa? Wei..aku mengundi lah. Aku berhak tahu. Sebab aku RAKYAT MALAYSIA. Aku BERHAK AMBIK TAHU.”-Tulis Erma

Pelbagai Reaksi Netizen

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka, malah ramai yang turut bersetuju dengan kenyataan Erma.

“Betul, kita sebagai rakyat Malaysia berhak ambil tahu ini hal negara kita.”

“Diorang ingat ni hari raya kot. Sebulan.”

“Sama-sama kita panjatkan doa kepada Allah kak supaya diberi petunjuk. Kita mengharap kepadaNya, bukan makhluk.”

“Ye kak betul tu. Aku pun pengundi pastu yang bertugas sampai tengah malam buta pun juga. Sekali bangun-bangun je aku blur sehingga ke hari ini.”

Sama-sama kita nantikan siapakah pemimpin yang bakal menerajui kepimpinan negara tidak lama lagi…

The post “Dah 2 Malam Tak Tido Lena!” – Erma Fatima Komen Isu Kemelut Politik Negara appeared first on Murai MY.

Read Entire Article