Da’i Syed Selamat Bertunang Dengan Hana Ismail, Komen Afiq Muiz Memang ‘Deep’!

2 months ago 62

Penceramah selebriti, Da’i Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohamad Shaiful ini telah Selamat melangsungkan pertunangan dengan pengacara TV Al-Hijrah, Hana Ismail.

“Majlis Merisik Dan Bertunang”

Khabar gembira itu dikongsi oleh pelakon, Datin Seri Umie Aida menerusi hantaran di Instagram, malam tadi.

“Menghitung hari ke alam tanggungjawab yang lebih fokus dan besar. Kunci kebahagiaan sentiasa bersyukur dan menerima kelemahan pasangan masing-masing dengan hati terbuka.

Jaga amanah ini sebaiknya @daisyed_ @hanaalmauzah 💝. Semoga adikku berdua berada dalam lindunganNya dan rahmatNya Allah SWT. #majlismerisikdanbertunang.”-Tulis Umie Aida

Komen Afiq Muiz Curi Perhatian

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti dilihat menitipkan ucapan tahniah dan doa buat pendakwah selebriti dan pengacara TV Al-Hijrah, termasuklah pelakon, Afiq Muiz yang turut memberikan komen yang mencuri perhatian.

“Ingat pesan aku dai Syed perempuan ni bukan mainan. Semoga selamat hendaknya.”-Afiq Muiz

Kami di Murai MY turut mahu mengucapkan tahniah di atas pertunangan Da’i Syed dan Hana Ismail. Semoga dipermudahkan segala urusan.

The post Da’i Syed Selamat Bertunang Dengan Hana Ismail, Komen Afiq Muiz Memang ‘Deep’! appeared first on Murai MY.

Read Entire Article