Bintang-bintang Manchester United tidur – Roy Keane

2 months ago 37

MANCHESTER: Bekas pemain Manchster United, Roy Keane mengkritik pemain-pemain bintang Red Devil sebagai tidur pada separuh masa pertama menyebabkan mereka di belasah 6-3 oleh City.

United menyertai derby Ahad di Etihad selepas memenangi empat perlawanan berturut-turut dalam Liga Perdana.

Tetapi mereka diganyang oleh Man City pada separuh masa pertama menyebabkan mereka berada dalam situasi sukar walaupun bangkit menjaringkan tiga gol pada separuh masa kedua.

Skuad kendalian Pep Guardiola mengawal permainan seawal dari wisel permulaan dan Phil Foden mendahului pasukan tuan rumah dalam tempoh sepuluh minit pertama.

Man United berjaya mengekalkan kedudukan 1-0 sehingga Erling Haaland menanduk masuk bola dari sepakan sudut pada minit ke-34.

Penyerang prolifik itu mendapat gol keduanya beberapa minit kemudian selepas dia bergabung dengan Kevin De Bruyne.

Haaland menjadi penyedia sejurus sebelum rehat ketika dia menyediakan Foden untuk gol keduanya untuk menambah permulaan yang sensasi dari City.

“Saya terkejut melihat betapa lemahnya United. City sangat cemerlang,” kata Keane kepada Sky Sports.

“Tetapi cara permainan bermula, tidak ada kesungguhan, anda perlu menutup pergerakan. Anda tidak boleh memberi masa dan ruang kepada Man City seperti ini dengan kualiti yang mereka ada.

“Eriksen sedang tidur, Foden masuk dari belakangnya untuk penyudah dengan satu sentuhan. Permulaan yang paling buruk untuk United.”

Pada gol keempat, Keane menambah: “Eriksen di sana, dia perlu mengasari [De Bruyne], perlu berkorban.

“Mereka beri ruang untuk Haaland dan penyudah dari Foden. Sangat cemerlang dari Man City. Benar-benar cemerlang. Jika kami memerlukan peringatan tentang betapa bagusnya City; kami sudat mendapatnya.

“Tetapi United, ya Tuhanku, ia seperti perlawanan yang terlalu besar untuk mereka. Saya hampir tidak percaya dengan apa yang saya tonton,” katanya.

The post Bintang-bintang Manchester United tidur – Roy Keane appeared first on Utusan Malaysia.

Read Entire Article