Bekas PM Maghribi dikecam kongsi teori homofobik-cacar monyet

2 months ago 49
Kenyataan Saad Eddin melalui twitternya mengenai isu cacar monyet yang dikaitkan dengan golongan gay telah mencetuskan kontroversi. (FOTO Getty Images)

RABAT: Bekas Perdana Menteri Maghribi, Saad Eddin El Othmani dikecam oleh pertubuhan lesbian, gay, biseksual, transgender, pelik (LGBTQ+) kerana berkongsi teori homofobik mengenai cacar monyet melalui Twiternya.

El Othmani pada Isnin lalu berkongsi artikel mengenai cacar monyet dan ciapan dalam twitternya berbunyi: “Sebilangan besar kes cacar monyet moden berjangkit secara seksual, dan sebahagian besar mereka yang dijangkiti adalah lelaki homoseksual, menurut kajian terbesar mengenai subjek itu.

“Pengajaran yang dipelajari (daripada wabak cacar monyet) ialah menyimpang dari fitrah alam semula jadi adalah bahaya kepada manusia, kesihatannya, kehidupannya, dan juga kewujudannya,” tambah El Othmani.

Sebuah gerakan LGBTQ+ yang berpangkalan di Maghribi dan Tunisia, Queers of North Africa, melalui Instagram menyelar bahawa artikel yang dikongsi El Othmani sebagai bukti saintifik tentang wacana homofobik dikaitkan dengan wabak cacar monyet sebenarnya telah disalahtafsirkan, lapor The New Arab.

Diterbitkan oleh C-news, saluran berita Perancis, artikel itu menyatakan: “Sebahagian besar kes cacar monyet baru-baru ini telah dicetuskan melalui hubungan seksual, hasil kajian setakat ini. Ia juga menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada mereka yang terjejas adalah dari golongan lelaki gay.”

Artikel tu juga telah memasukkan kenyataan daripada NGO LGBTQ Perancis yang berbunyi: “Wabak (cacar monyet)  ini sangat menjejaskan (lebih daripada 9 daripada 10 kes) lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki. 

“Bagi sesetengah daripada kita, berita itu membawa kembali trauma terhadap AIDS sebelum ini.”.

Pergerakan Queers of North Africa dalam pada itu mendakwa tweet El Othmani mengelirukan pada pelbagai peringkat kerana ia membingkai cacar monyet sebagai ‘kanser gay baharu’ serupa dengan apa yang dicetuskan oleh wabak AIDS sebelum ini.

Maghribi belum merekodkan sebarang kes cacar monyet secara rasmi setakat ini. – HARAKAHDAILY 28/7/2022

Read Entire Article