Azza Elite Celup Jari Dalam Peluntur Untuk Hilangkan Dakwat Mengundi, Peminat Luah Rasa Bimbang?

2 months ago 45

Penyanyi dan pelakon, Azza Elite menerusi hantaran di Instagram dilihat berkongsi satu kaedah yang boleh digunakan oleh peminatnya untuk menghilangkan dakwat di jari setelah selesai mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

“So Far Okay Je Tak Kering Pun Hari Tu..”

Menurut Azza, dia menghilangkan dakwat kekal itu dengan mencelupkan jari dalam bekas yang mempunyai cecair peluntur.

“Try la.. Works on me. Kalau nak berarak tak payah try 😂. Lepas tu lap, bersih pulekk kuku 😂. So far ok je tak kering pun hari tu. Tak sampai 2 minit pun hilang. I selalu rendam baju putih pastu cuci dengan air biasa. Ni pun i tengok kat Insta.”-Kongsi Azza

Peminat Luah Rasa Bimbang?

Perkongsian Azza di Instagram itu telah mendapat pelbagai reaksi oleh peminatnya, malah ada yang turut meluahkan rasa bimbang untuk mencelup jari di dalam larutan peluntur yang mempunyai sifat menghakis dan boleh memburukkan atau merosakkan lagi keadaan kulit seseorang.

“Oh my. High chemical content. Serap masuk kulit.”

“Tak rosak ke kulit tangan sis.”

“Saya dah pernah buat tapi kulit jadi keras nanti, mungkin saya je kot jadi macam tu.”

“Rosak kulit nanti, sepatutnya sapu minyak sebelum pergi.”

“Guna lemon/ cuka/ belimbing buluh pun boleh kak Azza sebab acidic. Clorox ni kuat sikit acid dia.”

Apa pendapat anda?

The post Azza Elite Celup Jari Dalam Peluntur Untuk Hilangkan Dakwat Mengundi, Peminat Luah Rasa Bimbang? appeared first on Murai MY.

Read Entire Article