Anwar jamin kedudukan Melayu dan Islam

1 week ago 16

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan pimpinannya memberi jaminan melindungi hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta kedudukan Raja-Raja Melayu.

Menurut Anwar, antara fokus utama beliau untuk pemulihan ekonomi dan integriti dalam pentadbiran kerajaan.

“Kerajaan akan mendukung hak orang Melayu dan kedudukan Islam yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang akhbar yang pertama sebagai Perdana Menteri hari ini. – UTUSAN

The post Anwar jamin kedudukan Melayu dan Islam appeared first on Utusan Malaysia.

Read Entire Article