Amerika Syarikat Menyekat Bekalan Cip Berkuasa Tinggi Untuk AI ke China

2 months ago 116

Amerika Syarikat dalam keputusannya yang terbaru telah menyekat penjualan dan bekalan cip berkuasa tinggi untuk pembangunan kecerdasan imbuhan (AI) ke China. Keputusan ini dijangka akan memberi kesan kepada syarikat teknologi utama di China.

Pembuat cip berteknologi tinggi, Nvidia dan AMD mengesahkan telah menerima arahan dan pembaharuan lesen berkenaan sekatan tersebut. Beijing, dalam kenyataan berasingan pula menentang keras keputusan AS tersebut. Menurut Beijing, tindakan ini menidakkan hak pemain teknologi di China dan eksploitasi jelas AS dalam jaringan bekalan global.

Amerika Syarikat telah bertindak agresif daripada menyekat eksport cip kepada syarikat tertentu di China seperti Huawei, kepada terus menyekat bekalan kepada seluruh negara China. Amerika Syarikat juga dilihat mungkin akan mengenakan sekatan kepada syarikat pembuat cip terbesar dunia di Taiwan, TSMC daripada membuat sebarang cip untuk syarikat di China.

Pemerhati pasaran berkata, langkah ini akan memberi kesan kepada syarikat gergasi teknologi China seperti AliBaba, Baidu, Tencent dan Huawei. Ketiadaan cip ini akan merencatkan pembangunan AI dan kemajuan teknologi syarikat-syarikat ini.

Sumber: Nvidia

Seorang bekas petugas senior di AMD bagaimanapun berkata, langkah ini hanyalah sementara. Perkembangan teknologi tetap akan berlaku, cuma mungkin mengambil masa dan kos yang lebih tinggi. China mampu untuk menghasilkan sendiri sumber mereka sekiranya perlu.

China juga telah menyaksikan banyak pertumbuhan syarikat baru yang bermatlamat untuk menghasilkan cip yang boleh menandingi cip daripada AMD dan Nvidia yang diasaskan oleh bekas petugas syarikat berkenaan. Saham syarikat-syarikat baru ini melonjak tinggi dengan berita kejayaan China menghasilkan cip dengan binaan 7nm yang baru.

#OMGHNews #China #Nvidia #AMD #TSMC #USA #7nm #CelikIT #Teknologi

Read Entire Article