Akui Pernah Dikhianati Suami, Ada Yang Minta Rihana Petra ‘Move On’?

2 months ago 64

Bekas Ratu Cantik Russia, Rihana Oksana Petra berkongsi kisah hidupnya di Instagram bahawa tanggal 23 November, telah genap empat tahun perkahwinannya di Moscow, Rusia.

Berkahwin Hampir Setahun

Menurut Rihana, yang mendedahkan bahawa dia sudah berkahwin hampir setahun, walaupun dia dan bekas suami sudah berpisah lebih awal.

“Saya masih ingat keesokan harinya selepas perkahwinan apabila saya bangun dan sambutan private wedding kami menjadi tumpuan, terima kasih kepada beberapa personaliti daripada tetamu bekas suami saya.

Seperti yang sentiasa berlaku, pada saat itu ia seolah-olah seperti pengakhiran kehidupan. Saya tidak tahu mana hendak lari dan apa yang perlu dilakukan seterusnya- pengkhianatan oleh suami saya, kehamilan yang sukar, ugutan, serangan di media.”-Kongsi Rihana

Ada Yang Mahu Rihana Move On?

Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati, ramai rakyat Malaysia yang rasa teruja setelah Rihana luahkan hasrat untuk menerbitkan buku mengenai kisah hidupnya, malah ada yang turut meminta Rihana ‘move on’ sahaja dari apa yang telah berlaku.

“Kebanyakan rakyat Malaysia mahu membaca buku anda. Sila terbitkannya.”

“One word. Just move on. If you think you are the best and not cheap.”

“Ex-husband has another wife.”

“Dah macam bukan Muslim lagi dah Rihana ni..”

Apa komen anda?

The post Akui Pernah Dikhianati Suami, Ada Yang Minta Rihana Petra ‘Move On’? appeared first on Murai MY.

Read Entire Article