Aishah Azman Mengamuk Di Instagram, Apa Yang Dah Berlaku?

1 month ago 40

Nor Aishah Afika Azman Shah atau lebih dikenali sebagai Aishah Azman membuat beberapa perkongsian di laman sosial instagramnya semalam. Namun, perkongsian tersebut seolah-olah ditujukan kepada seseorang yang mana cuba membuat masalah dengan ahli keluarganya.

“Curang Dengan Suami Sendiri”

VIA Instagram aishahazman8

Curang dengan suami sendiri, minum arak, pergi club, makan bab*, duduk serumah dengan suami orang dia masih berstatus isteri orang, suka mereka-reka dan manipulate cerita seolah-olah awak yang victim.-tulisnya

Menerusi instastory yang dimuatnaik oleh Aishah, dia memberi sau penyataan mengenai individu yang curang dengan suami sendiri serta melakukan perkara-perkara yang haram di sisi agama Islam. Bukan itu sahaja, dia juga mengatakan individu itu telah mereka-reka cerita seolah-olah individu tersebut ialah mangsa keadaan.

“Jangan Sebarkan Fitnah”

VIA Instagram aishahazman8

Aishah menegaskan agar pihak berkenaan tidak memanipulasi cerita mengenai penceraian dengan abangnya dan isu siapa kena pukul. Tegasnya lagi, dia mengetahui apa yang sebenarnya berlaku antara individu tersebut dan abangnya.

 Jangan sebarkan fitnah. suka cederakan diri sendiri dan manipulate cakap abang saya pukul awak. jangan macam tu. saya tahu A-Z apa awak buat dengan abang saya. Allah Maha Besar

VIA Instagram aishahazman8

Aishah menjelaskan bahawa dirinya sama sekali tidak berniat untuk membuka aib sesiapa. Namun setelah abangnya difitnah, dia terpaksa bertindak sedemikian agar nama keluarga mereka tidak tercemar. Dia sempat memberi amaran sekiranya masih ada lagi fitnah yang diberikan selepas ini, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu tersebut.

Saya tiada niat untuk membuka aib sesiapa, tapi awak sudah menabur fitnah pada abang saya,. Dalam masa yang sama kami sekeluarga yang tiada kena mengena juga terpalit. Jika ada lagi kata-kata yang berbaur fitnah, saya dan keluarga takkan teragak-agak intuk ambil tindakanpada awak dan kuncu-kuncu awak.-Tegasnya

Pihak Murai MY berharap agar Aishah sekeluarga kuat dan tabah dengan ujian yang menimpa pada masa kini. Semoga kebenaran berpihak kepada orang yang benar.

The post Aishah Azman Mengamuk Di Instagram, Apa Yang Dah Berlaku? appeared first on Murai MY.

Read Entire Article