Ahmad Zahid dedah 6 parti mahu masuk BN

1 month ago 29

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan sebanyak enam buah parti sudah memohon masuk Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Pengerusi BN itu berkata, keputusan hanya akan dibuat pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang diadakan malam esok.

“Tetapi, kita tahu bahawa gelombang biru meningkat semula dan semangat BN berada di puncak.

“Kalau kita berada di dalam keadaannya yang tidak kuat, pasti tidak ramai yang mahu masuk BN,” katanya, hari ini.

Beliu berkata demikian ketika merasmikan penutupan Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengesahkan kenyataan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa gabungan itu akan bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, langkah itu bagi memastikan BN kekal dominan jika memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaaan nanti. –UTUSAN ONLINE

The post Ahmad Zahid dedah 6 parti mahu masuk BN appeared first on Utusan Malaysia.

Read Entire Article