Ahmad Razif berjaya lakukan kemunculan semula, menang Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus

3 days ago 222

KUALA NERUS: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Razif Abdul Rahman berjaya melakukan kemunculan semula selepas memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus pada pemilihan  UMNO bahagian itu, hari ini.

Ahmad Razif, 58, memenangi kerusi tersebut selepas menewas penyandangnya, Apli Yusoff selepas mendapat 479 undi.

Sementara itu, Apli yang merupakan Bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memegang jawatan itu pada pemilihan 2018 lalu pula memperoleh 349 undi.

Ahmad Razif yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada tahun 2014  hingga 2018 pernah dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian itu dari tahun 2013  hingga 2018.

Dalam pada itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu, Datuk Rahim Md. Said pula memenangi jawatan Timbalan Ketua Bahagian selepas mengumpul 376 undi menewaskan Mustafa ismail (329 undi) dan Ir. Mohd. Yasin Abdul Ghani (113 undi). – UTUSAN

The post Ahmad Razif berjaya lakukan kemunculan semula, menang Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus appeared first on Utusan Malaysia.

Read Entire Article