Ahmad Luah Simpati Kepada Mangsa Banjir, Segera Pindah Ke PPS Demi Keselamatan

5 days ago 25

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Setiausaha Agung UMNO yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan meluahkan keprihatinan dan harapan beliau agar banjir di beberapa kawasan di Johor untuk segera pulih.

Beliau turut berharap mangsa banjir untuk memberikan kerjasama dengan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) demi keselamatan masing-masing.

“Moga banjir di Johor segera surut. Air pasang besar makin menurun kata laporan (seperti jadual disertakan).

“Moga segera pindah ke PPS kepada siapa yang terlibat,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian pada masa sama memberikan jaminan bahawa kerajaan negeri Johor serta agensi-agensi terlibat akan memberikan bantuan sebaiknya kepada rakyat yang berhadapan dengan bencana alam ini.

“Saya pasti kerajaan negeri akan segera beri bantuan. Begitu juga agensi-agensi yang berkaitan. Terika kasih banyak kpd mereka semua,” ujar beliau.

Terdahulu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka, menjadikan keseluruhannya 35 PPS di daerah Kota Tinggi, Kluang, Mersing, Segamat dan Batu Pahat.

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam tadi dengan Batu Pahat menjadi daerah terbaharu terjejas bencana itu. – UMNO Online

Read Entire Article