Ahli Parlimen Julau tegaskan masih Presiden PBM

2 months ago 35

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Julau, Larry Sng menegaskan beliau masih Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) sekali gus menafikan dakwaan bahawa Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin sudah mengambil alih tampuk pimpinan parti itu. 

Katanya, ini kerana proses peralihan kuasa melantik Zuraida sebagai ‘presiden pengganti’ perlu dilaksana mengikut prosedur yang sewajarnya. 

“Apa yang saya katakan adalah hasrat supaya Zuraida mengambil alih PBM melalui peralihan kuasa. 

“Bagaimanapun, saya belum meletak jawatan sebagai Presiden PBM dan saya tidak akan meletakkan jawatan sekiranya pilihan raya diramal berlangsung dalam masa terdekat.

“Sekadar untuk menjelaskan, sekiranya pilihan raya diadakan sebelum peralihan kuasa selesai, saya tetap menandatangani watikah calon PRU15,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, media melaporkan, Ketua Penerangan PBM, Zakaria Abdul Hamid mengumumkan Zuraida secara rasmi sebagai presiden parti, selepas menerima sokongan sebulat suara, pada Persidangan Agung Tahunan parti itu. 

Zakaria berkata, Majlis Tertinggi PBM akan menjalankan proses sewajarnya urusan teknikal termasuk pemakluman kepada  Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS). – UTUSAN

 

 

The post Ahli Parlimen Julau tegaskan masih Presiden PBM appeared first on Utusan Malaysia.

Read Entire Article