“Ada Waktu Dia Cuba Mahu Bercakap..” – Ungku Ismail Kongsi Keadaan Nad Zainal

1 month ago 48

Pelakon, Ungku Ismail Aziz berkongsi keadaan terkini Nad Zainal yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak minggu lalu di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

“Ada Waktu Dia Cuba Mahu Bercakap..”

Menurut Ungku, Nad kadangkala cuba mahu menggerakkan bibir untuk bercakap, namun masih tidak dapat difahami butir kata yang diucap olehnya.

“Dia adalah seperti semalam, cuma makin celik, mata laloknya semakin berkurangan. Alhamdulillah.

Ada waktu dia mahu cuba bercakap, tapi sudah tentu nampak bibir je gerak dan tak faham. Maka selamat meneka apa yang dia cuba nak cakap masa tu.”-Kongsi Ungku Ismail

Perlu Rehat Yang Cukup

Tambahnya lagi, pihak doktor masih mahu Nad Zainal mendapat rehat yang secukupnya untuk mengelakkan kesihatannya terjejas.

“Doktor mahukan dia berehat sepenuhnya, jika dia stress dan struggle banyak, akan menjejaskan laporan harian kesihatan dia, dan langkah pulih seterusnya mungkin akan menjadi perlahan.”-Tambahnya lagi

Sama-sama kita doakan agar Nad Zainal diberikan kesembuhan yang cepat..

The post “Ada Waktu Dia Cuba Mahu Bercakap..” – Ungku Ismail Kongsi Keadaan Nad Zainal appeared first on Murai MY.

Read Entire Article