255 labah-labah besar, 10 kala jengking antara disita Perhilitan

1 year ago 156

PUTRAJAYA: Sejumlah 255 ekor pelbagai spesies Tarantula atau labah-labah besar antara disita Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hasil pemeriksaan penguatkuasaan ke atas sebuah premis di Georgetown, Pulau Pinang, baru-baru ini. 

Menurut kenyataan agensi berkenaan di sini semalam, melalui operasi khas itu, pihak Perhilitan turut merampas 10 ekor kalajengking jenis Asian Forest, 10 ekor ular Ball Python, lapan ekor spesies mantis dan enam ekor spesies Chinchilla.

Mereka juga turut menyita empat ekor pelbagai spesies katak serta masing-masing seekor burung kakak tua yang berwarna putih dari jenis Moluccan Cockatoo dan Umbrella Cockatoo.

“Kesemua haiwan nadir berkenaan disimpan si pemiliknya tanpa ada sebarang dokumen sah yang dikeluarkan pihak Perhilitan Semenanjung Malaysia,” kata kenyataan tersebut.

Seorang suspek berusia 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan manakala dua laporan polis kemudian dibuat petugas agensi berkenaan di Balai Polis Jelutong.

Kesemua barang rampasan itu dibawa ke pejabat Perhilitan Pulau Pinang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 60 di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara sehingga maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.- UTUSAN ONLINE

The post 255 labah-labah besar, 10 kala jengking antara disita Perhilitan appeared first on Utusan Digital.

Read Entire Article