18 pengguna kereta kabel terkandas dalam gondola

2 months ago 45
Gondola kereta Kabel Singapura dirakam pada 25 Mei 2021. (FOTO FAIL: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Lapan belas orang terkandas dalam enam buah gondola kereta kabel selama sekurang-kurangnya setengah jam di laluan Mount Faber Line di sini, disebabkan kesilapan teknikal sistem pengendaliannya.

Jurucakap pengendali Mount Faber Leisure Group pada Jumaat (29 Julai) berkata, insiden itu berlaku pada jam 9.14 malam Rabu (27 Jul) sehingga sistem pengendalian terpaksa dihidupkan semula.

Jurucakap pengendali Mount Faber Leisure Group pada Jumaat (29 Julai) berkata, insiden itu berlaku pada jam 9.14 malam, sehingga sistem pengendalian terpaksa dihidupkan semula.

“Sebelum sistem boleh dimulakan semula, bagaimanapun, kesemua gondola kereta kabel perlu dikembalikan ke stesen terdekat untuk pengguna turun dengan selamat. Pengumuman dalam gondola dibuat untuk memaklumkan tetamu tentang pemberhentian sementara itu,” ujarnya kepada CNA.

“Kami sentiasa berkomunikasi dengan penumpang yang terjejas melalui interkom dalam kabin dan talian hotline perkhidmatan kami. Kemas kini tetap disediakan sepanjang tempoh untuk memberi jaminan dan memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka,” tambahnya.

Proses pemulangan gondola telah diaktifkan menggunakan sistem sekunder pada jam  9.47 malam, dan kesemua pengguna berjaya diturunkan menjelang jam 10.55 malam.

“Semua pengguna berjaya diturunkan di stesen kereta kabel dengan selamat, tanpa sebarang kecederaan atau masalah perubatan, dan kakitangan kami di stesen memberikan sokongan untuk memastikan kesejahteraan mereka,” kata jurucakap itu, sambil menambah bahawa insiden itu tidak melibatkan sebarang kerosakan mekanikal.

Laluan Mount Faber menghubungkan antara stesen di Mount Faber dan Sentosa, dengan stesen di HarbourFront di antaranya.

Kesilapan teknikal dalam sistem pengendalian telah diperbetulkan dan operasi biasa pada talian disambung semula pada pagi Khamis (28 Julai).

“Selepas semua pengguna berjaya diturunkan, pasukan kami memulakan semula sistem untuk menyelesaikan kesilapan teknikal sistem pengendalian. Ini dilakukan mengikut manual operasi pengeluar kereta kabel.

“Perkhidmatan kereta kabel menyambung semula operasi biasa pada keesokan paginya selepas semua pemeriksaan keselamatan yang diperlukan selesai,” kata jurucakap berkenaan.

Jurucakap itu menambah bahawa  sistem kereta kabel Singapura mempunyai langkah keselamatan dan sistem sekunder yang membolehkan pemulihan perkhidmatan selamat.

“Kami juga menjalankan penyelenggaraan berkala dan latihan persediaan kecemasan dengan Angkatan Pertahanan Awam Singapura untuk mengesahkan rancangan operasi dan membina daya tahan,” kata jurucakap itu. – HARAKAHDAILY 29/7/2022

Read Entire Article