12 maut Taufan Ian ‘serang’ Florida: Kini tuju Carolina, Georgia

2 months ago 74
Taugan Ian yang melanda pantai Florida menyebabkan ombak tinggi dan banjir besar melanda kawasan itu pada Khamis (29 Sept) 2022 waktu tempatan. (FOTO: ABC.net)

Susunan YUSMAN AWANG

TALLAHASSEE: Sekurang-kurangnya 12 orang maut selepas Taufan Ian melanda Florida dengan begitu ganas sehingga Presiden  Amerika Syarikat,  Joe Biden menyifatkan ia  boleh menjadi bencana paling teruk pernah berlaku di negeri itu.

Bercakap selepas taklimat dengan pegawai Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan pagi Khamis, Biden berkata walaupun angka kematian masih tidak jelas, laporan awal mencadangkan kehilangan nyawa yang mungkin dalam jumlah ‘banyak’.

“Saya bercakap dengan pesuruhjaya, dan mereka bimbang (dengan keadaan di Florida),” katanya.

Tambah beliau, sehingga petang Khamis (29 Sept) waktu tempatan (Jumaat hari ini, waktu Malaysia), 12 orang telah disahkan maut dalam ribut itu, dengan tujuh daripadanya di Charlotte County – kawasan berhampiran pantai barat daya loaksi Taufan Ian melanda pada petang Rabu, lapor NBC News.

Bercakap di MSNBC, Pesuruhjaya Daerah, Charlotte Christopher Constance mengaitkan enam daripada kematian itu kepada pentadbir daerah, yang mena beliau  kemudian mengesahkan kematian ketujuh.

Sementara pegawai penguatkuasa undang-undang tempatan berkata, dua orang maut di Sarasota County,  dan seorang lemas di Volusia County.

“Dua lagi orang maut di Pulau Sanibel, lokasi di mana mana ribut Kategori 4 memusnahkan tambak yang menghubungkannya dengan tanah besar Florida,” ujar pihak berkuasa tempatan pada Khamis, waktu tempatan.

Salah satu ribut paling kuat yang pernah melanda Amerika Syarikat, Ian menyebabkan kira-kira 2.3 juta penduduk terputus bekalan elektrik setakat petang Khamis, dengan beberapa buah hospital terputus bekalan air, dan beribu-ribu penduduk terperangkap di kediaman mereka.

Datuk Bandar Fort Myers, Kevin Anderson memberitahu ketika muncul dalam program Today yang bersiaran di saluran NBC berkata bahawa Ian adalah salah satu ribut paling ganas yang pernah disaksikannya dalam beberapa dekad ini.

“Melihat air banjir dari kondo saya di tengah-tengah pusat bandar, dengan parasnya yang semakin naik dan membanjiri semua kedai di tingkat satu, ia sangat menyayat hati,” katanya.

Foto dan video di media sosial  menunjukkan adegan kemusnahan: Orlando ditenggelami air banjir, bot karam di Fort Myers, pokok-pokok patah seperti pencungkil gigi di Punta Gorda. 

Sebahagian daripada Tambak Sanibel telah musnah, menghalang kenderaan daripada menyeberangi jambatan.

Sehubungan itu, Biden berkata ribut itu akan disenaraikan sebagai ‘salah satu daripada lima taufan terburuk yang pernah melanda semenanjung Florida, dan beliau mengisytiharkan ia sebagai bencana besar, serta meluluskan dana  bantuan persekutuan untuk membantu usaha pemulihan di peringkattempatan dan negeri Florida.

Sementara Pusat Taufan Kebangsaan As berkata, Ian yang telah diturunkan sebagai ribut tropika di Florida pada pagi Khamis itu menjadi semakin kuat dan menjelma sebagai taufan; dan  kini menunju ke Carolina dan Georgia dengan ancaman banjir, gelombang ribut dan angin kencang yang mengancam keselamatan penduduk.

“Ian bergerak ke timur laut  Amerika Syarikay pada kelajuan 10 batu per jam dengan angin berkekalan maksimum 85 batu per jam  dan tiupan lebih tinggi ketika ia menuju ke Carolina Selatan,  lokasi di mana ia diramalkan melanda pada esok (Jumaat).

“Seluruh kawasan pantai di negeri itu berada di bawah amaran terhadap bahaya Taufan Ian,” ujar kenyataan Pusat Taufan Kebangsaan lewat malam hari ini (Khamis waktu tempatan). – HARAKAHDAILY 30/9/2022

Read Entire Article